SURROUND YOURSELF ONLY WITH PEOPLE WHO ARE GOING TO LIFT YOU HIGHER

Sunday, August 30, 2009

Laporan Praktikal

Kepada pelajar dibawah seliaan saya, sila ambil perhatian berkenaan dengan laporan praktikal anda. Saya telah menerima laporan anda dan ada yang telah diberi balik untuk pembetulan. Istimewa untuk Fatihah Suradi, saya tidak tahu apa status anda. Jika anda betul dibawah seliaan saya, anda patut tahu apa yang anda harus dibuat. Bagi yang lain-lain terima kasih kerana bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk kejayaan hari esok.

Harap maklum
Selamat menunaikan ibadah puasa

Friday, August 21, 2009

Adakah anda begini?

Apabila kita berkawan, pada pendapat aku memang kita berkawan macam dunia ni kita yang punya. segala masalah, kegembiraan dikongsi bersama. walaubagaimanapun, ada juga orang yang berkawan, tapi dalam masa yang sama dia membuat penilaian terhadap kawannya dan sekali gus membuat konklusi terhadap apa yang telah diperhatikan. tanpa memikirkan perasaan kawan dia sekiranya dia tahu yang dia sedang diselidiki. macam buat satu penyelidikkan dan subjek yang dilihat ialah kawannya. adakah adil bagi pihak kawan yang diselidik? dia 100% tidak tahu bahawa dia adalah bahan ujian kawan yang dia anggap kawan rapat. terasa keliru apabila memikirkan jenis kawan sebegini.

seorang yang naif akan beranggapan apabila dia berkongsi cerita dengan kawannya, ia akan terhenti setakat itu. dunia hari ini tidak begitu. ia tidak akan berhenti disitu kerana ia akan disimpan didalam memori dan seterusnya jika ada perkara berbangkit, benda yang sepatutnya menjadi rahsia akan terkeluar sendirinya. memori mengenai keburukan orang amat sukar untuk dilupakan. itu adalah sifat manusia yang tidak boleh dipandang ringan. begitu juga dengan aku, hamba Allah yang sangat lemah.

jadi fikir-fikirlah adakah rakan disekeliling anda mempunyai sifat sebegini kerana ia akan membawa satu masalah besar dikemudian hari.

Friday, August 14, 2009

Warna warni

bercakap mengenai persahabatan, sampai bila-bila pun tiada noktahnya. berfikiran positif, boleh membantu kita menjadi orang yang lebih baik. walaubagaimanapun, sesetengah perkara memerlukan kita untuk berfikir dari sudut positif dan negatif.

dalam persahabatan ada naik turunnya. itu apa yang aku dapat melalui pengalaman hidup. mungkin betul tanggapan itu, tapi bagi aku walau ada naik turunnya persahabatan itu, janganlah sampai terputus hubungan. maksud disini walaupun ada konflik dalam sesebuah persahabatan, aku rasa pasti ada jalan penyelesaian yang sesuai yang mungkin dapat menyelamatkan hubungan persahabatan itu.

bagi aku hubungan persahabatan teramat istimewa. dengan niat yang murni dan hati yang tulus, aku selalu berdoa agar hubungan persahabatan aku akan kekal dunia akhirat. itu yang aku inginkan, mungkin akan jadi kenyataan ataupun mungkin jadi sejarah hidup yang tak akan pernah aku lupakan. mengimbau kembali waktu sekolah, belajar di uni dan alam pekerjaan sangat berbeza kehidupan yang dilalui. pengalaman hidup memberi satu pengajaran yang amat jelas mengenai persahabatan. makin lama kita hidup makin banyak perkara yang berlaku, makin bertambah ilmu hidup.

aku adalah aku pada hari semalam, hari ini dan esok. tiada apa yang berubah kecuali kamu.

Friday, August 7, 2009

Renung2 kan

Jika kita bersahabat, pasti kita nak persahabatan kita kekal sampai bila-bila. Dalam bersahabat, kita tidak mempunyai niat atau maksud yang tersembunyi terhadap sahabat kita. Ikhlas, tulus dan sepenuh hati dalam bersahabat adalah sangat susah untuk dipenuhi. Ramai yang berkawan dan menjalinkan hubungan mempunyai maksud yang tersirat disebalik hubungan persahabatan itu. Bagi aku hubungan persahabatan sangat penting. Dizaman Rasulullah, sahabat adalah orang kanan baginda dalam menghadapi kaum Quraisy.

Berbeza dengan zaman millenium ini, ramai tidak mengerti erti sebenar hubungan persahabatan itu. Mereka sering kali merasakan bahawa berkawan bila perlu, tinggalkan bila tak perlu. Hubungan sesebuah persahabatan sangat penting dan besar ertinya. Walaupun sehingga hari ini aku masih lagi mencari, Alhamdulillah aku menemui juga insan yang bergelar sahabat. Sahabat semasa susah dan senangku. Walaupun jauh, kami masih lagi boleh berinteraksi dan berkongsi masalah yang ada. Aku sangat senang dengan situasi ini walaupun pada masa yang sama aku masih tertanya-tanya apakah yang tersirat disebalik maksud persahabatan.

Sekiranya seseorang itu berkawan juga bersahabat, dan dengan tiba-tiba dia berubah. Dan jika ditanya kenapa dia berubah, dan jawapannya masih tidak dapat memuaskan hati, apa yang perlu dilakukan? Sekiranya ada tersalah dan tersilap, bolehlah kiranya diberitahu kerana seharusnya dalam bersahabat kita harus berterus terang.. Hingga hari ini aku masih lagi tidak mengerti dan aku berdoa semoga aku dapat mengetahuinya sebelum akhir nafasku...

Monday, August 3, 2009

Bukan CINTA Biasa - Afgan

Kali ini kusadari
Aku telah jatuh cinta
Dari hatiku terdalam
Sungguh aku cinta padamu

Cintaku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang memiliki
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku

Terimalah pengakuanku
Percayalah kepadaku
Semua ini kulakukan
Karena kamu memang untukku

Cintaku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang memiliki
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku
Seumur hidupku

Cintaku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang memiliki
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku

Cintaku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang menemani
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku
Terimalah pengakuanku

Promise you won't forget me, because if I thought you would, I'd never leave