SURROUND YOURSELF ONLY WITH PEOPLE WHO ARE GOING TO LIFT YOU HIGHER

Friday, April 30, 2010

Laporan Latihan Praktikal

Adalah diingatkan bahawa penghantaran laporan boleh dibuat melalui pos ke alamat :

AZIRA IBRAHIM
JABATAN BANGUNAN, FSPU,
UITM PERAK,
32610 BANDAR BARU SERI ISKANDAR,
PERAK

Sukacita saya nak ingatkan kepada pelajar dibawah seliaan saya untuk menghantar laporan tersebut pada atau sebelum 5 Mei 2010. Jadi jika ada yang berniat untuk datang menghantar kepada saya pada 3 Mei 2010, lupakan niat anda kerana saya tiada di kampus.

Sekian Terima Kasih.

Sunday, April 25, 2010

The Good Old Days


musim exam, musim paling stress. bila stress, hati tak tenang jiwa tak tenteram. baca buku pun malas, tido nak banyak. jiwa kacau betul kalau nak kena menelaah ni. walaupun 2 paper je nak exam, tapi rasa macam 10 paper. banyak tak cover lagi. ingat kat kawan-kawan masa suka suki dulu. rindu nak balik macam dolu-dolu... sume sibuk dengan hal sendiri. masing-masing ada tanggungjawab. esok pagi bertolak ke penang. stay kat recsam.. ape-pun, nak lulus jugak sem ni. penat dah belajar..

Tuesday, April 20, 2010

Anak-anak sedara

anak-anak sedara setakat tahun ni. Amzar, Aina, Amirul, Anis, Amin, Atiqah, Alifah, Auni, Abg Ahmad, Adik Ahmad, Aeryl, Ammar, Adham, Ain dan Aiman.

Monday, April 19, 2010

Taaruf

Firman Allah berbunyi;

Wahai manusia!sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari
seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan
kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.
(al-Hujurat:13).


Taaruf adalah satu konsep perkenalan yang diajar dan dituntut perlaksanannya didalam agama islam. Sebagaimana yang kita ketahui mengenai konsep ini juga selari dengan mana-mana konsep yang melibatkan 2 belah pihak yang baru berjumpa yang ingin memulakan perbualan. Dalam Islam kebiasaanya,lafaz salam digunakan di awal perbualan dan dituruti dengan pertanyaan soalan-soalan ringkas mengenai peribadi kedua-dua belah pihak itu. taaruf di dalam Islam boleh digambarkan dengan begitu simbolik sekali. Ini adalah kerana, taaruf itu sendiri telah memainkan banyak peranan yang penting dalam menjalinkan perhubungan sesama manusia. Lebih-lebih lagi jika, perhubungan yang dijalinkan itu sedia untuk diikat dengan ikatan ukhuwwah ataupun ikatan pernikahan.

Ikatan Ukhuwwah peranannya amat penting dalam menyebarkan fikrah islam ke seluruh pelusuk dunia. Dengan bermulanya taaruf dan terbinanya ukhuwaah,dan kesannya ikatan mahabbah terlahir di kalangan jemaah dan akhirnya dapat membentuk sebuah jemaah yang kuat dan teratur susunannya. Seperti yang dinyatakan di dalam Alquran di dalam surah Al-Hujurat yang berbunyi "Sesungguhnya umat islam itu adalah bersaudara" Jadinya amat jelas disini bahawa, ikatan yang dibina atas dasar iman bukan sahaja mampu menjadikan umat islam hebat malah kedudukannya dihormati di seluruh dunia. Dengan adanya ikatan persaudaraan seperti ini, pastinya Umat Islam bukan sahaja dihormati malah ianya juga digeruni oleh pihak-pihak musuh yang amat membencikan islam.

Jadi tidak berlakulah penindasan umat islam di bumi Palestin, umat islam di Afhagnistan dan Pakistan pula tidak mudah dilaga-lagakan,umat islam Di selatan thai juga tidak mudah dikotak-katikkan oleh pihak pemerintah dan pastinya umat Islam di seluruh Dunia tidak mudah dilemparkan dengan tohmahan Pengganas.

Mungkin sebelum ini, Perkataan taaruf jarang sekali meniti di bibir-bibir mulut masyarakat dan konsepnya agak jauh pula dilihat taaruf itu sebagai suatu langkah permulaan sebelum mendirikan rumahtangga. Dan hal itu selalu bermain-main dikalangan aktivis dakwah. Yang Jelasnya, taaruf memberi gambaran yang bahawa positif bilamana masyarakat memandang ianya adalah suatu kelebihan jika diamalkan dan suatu kerugian jika ditinggalkan.

Perkatan "berkenalan" sama ertinya dengan perkataan "taaruf" tapi yang bezanya, taaruf itu dipetik dari perkataan arab yang menggunakan konsep islam sepenuhnya dan berkenalan itu mengamalkan konsep kemelayuan. Tak salah jika kita masih menerima perkataan berkenalan dalam kehidupan hari ini tapi biarlah asasnya selari dengan konsep yang dimainkan oleh perkataan taaruf yang kiranya sudah dibincangkan dengan terperinci dengan huraian yang diatas tadi.


dipetik dari: http://islamaddeen.blogspot.com

Tuesday, April 13, 2010

Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil

wajah ceria pelajar bawah seliaan selama 3 tahun. Semester ni InsyaAllah akan tamat diploma. Selamat menduduki peperiksaan buat KITA semua...

Monday, April 12, 2010

You Are Beautiful


Sabtu lepas, aku bersama dengan adik-adik 6A telah selamat buat kenduri doa selamat. diserikan dengan bacaan sirah Yassin, Tahlil dan Solat Hajat sempena peperiksaan akhir yang akan singgah lagi seminggu. Dengan doa dan harapan semuanya lulus dan grad dengan cemerlang sem ni.. aku pun sama jugak, nak exam.. nak submit tesis... nak jawab soalan. macam diorang jugak la kiranya situasi aku skang ni. risau, takut, gumbira pun ada sebab dah 2 tahun struggle buat master ni.

nak citer pasal citer latest aku layan weekend hari hari tu. sahabat aku ada bagitahu, ada citer korea best. You are beautiful tajuk dia. aku pun dengan jayanya telah membeli dvd citer tu masa pegi Batu Gajah ngan Puan Jami. tesis tak siap lagi, dvd dah beli. macam mana ni, tak tengok kang nyesal... hati tak dengar cakap dah.... nak tengok tapi tesis tak siap lagi. adeh... temptation (kak yatt selalu cakap macam ni). amik keputusan bijak, kalo tak tengok tak boleh tido, tengok sikit dulu.. pas tu sambung nanti.. (macam la boleh jadi macam tu) tengok la 1 episod.. sambung episod ke 2... ke 3.. ke 4.. nah... hari sabtu aku lebur sampai tengah malam. tensen... sebelum tido aku dah nekad, tak nak sambung dvd ke2. tahan....

ahad, p skul buat assigment n the gang master. hati ada kat umah.. jasad je kat skul. teringat kat citer tu.. tak boleh jadi. dismiss awal discussion. balik je rumah.. aku sambung lagi tengok... sampai la abis aku tengok.. hehehe. baru puas hati.

citer tu best. korang kena tengok. bila dah abis exam nanti la. cuti panjang boleh layan. jangan tengok masa exam, hancur nanti... dah nekad, ada lagi 3 hari.. nak siapkan jugak tesis ni. khamis anta... 10 Mei 2010 viva. sama tarikh birthday ngan sahabat aku.. kena wish n bagi adiah awal ni.. nanti lupe teman...

Saturday, April 10, 2010

Dissertasi


Alhamdulillah, proses menulis dan mengolah dissertasi telah sampai ke peringkat akhir. Semoga usaha yang telah dicurah mendapat keredhaan dan keberkatan dari yang Maha Esa.

Peperiksaan Akhir April 2010

Assalamualaikum semua...
Exam dah nak sampai, apa kata kita semua persiapkan diri masing-masing untuk mengadap soalan nanti. Untuk subjek QSV203, tarikh peperiksaan ialah pada 3 Mei 2010 (9.00 pagi - 12 tgh).

Selamat menjawab soalan buat semua. Semoga kalian semua mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah S.W.T. semasa peperiksaan nanti. Amin.
Promise you won't forget me, because if I thought you would, I'd never leave