SURROUND YOURSELF ONLY WITH PEOPLE WHO ARE GOING TO LIFT YOU HIGHER
Showing posts with label Practical Report. Show all posts
Showing posts with label Practical Report. Show all posts

Saturday, June 26, 2010

1st Submission

Assalamualaikum
Laporan latihan praktikal hendaklah dicetak dan dihantar kepada saya sebelum atau pada 1 Julai 2010 melalui pos ke alamat seperti berikut :

Jabatan Bangunan,
Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur,
32610 Bandar Baru Seri Iskandar,
Perak Darul Ridzuan


Markah akan ditolak jika laporan anda lambat sampai ke tangan saya pada jangka waktu yang tersebut.

Berhubung dengan penulisan laporan anda, saya ingatkan di sini bahawa anda dikehendaki merujuk sekurang-kurangnya 8 buah buku ilmiah. Jangan semata-mata merujuk kepada sumber internet dan saya sekali ingin mengingatkan kepada anda untuk tidak merujuk kepada tesis 100%.

Jika ada yang gagal berbuat demikian, bersedia untuk mengulang lagi semester hadapan.

Selamat menulis

Sunday, May 16, 2010

Latihan Praktikal sesi Jun-Disember 2010

Assalamualaikum semua,
saya diberitahu anda sekalian akan memulakan latihan industri bermula esok. Jadi disini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani latihan industri. walaubagaimanapun harus diingatkan supaya walaupun anda sekalian 'bekerja' tetapi hendaklah anda ingat bahawa anda masih lagi pelajar Diploma Bangunan UiTM Perak. Sila jaga nama baik kami di jabatan serta nama baik UiTM.

sehubungan dengan itu, saya ingin mengingatkan kepada anda bahawa penghantaran laporan latihan praktikal hendaklah dibuat terus kepada saya melalui pos. dan diingatkan sekali lagi penghantaran laporan adalah secara berperingkat. jadi sila berhubung dengan saya melalui telefon@e-mail@menghantar pesanan kepada saya melalui blog ini. jangan 'lost-track'...

perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah:

a) buku log mendaklah ditulis setiap hari. apa-apa catatan yang dibuat ada markahnya. Jangan malas

b) bulan pertama - sila siapkan bab 2 (profil syarikat) - derafnya hendaklah diemailkan kepada saya

c) sila pilih tajuk laporan yang sesuai, dimana anda terlibat secara langsung dengan tajuk yang dipilih. sebelum membuat keputusan terhadap tajuk laporan, sila berbincang dengan saya terlebih dahulu

akhir kata, selamat bekerja.

terima kasih

Thursday, December 10, 2009

1st Submission

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terdapat beberapa perubahan dari segi format penghantaran laporan praktikal untuk semester ini. Anda dinasihatkan untuk memilih tajuk yang sesuai untuk dijadikan sebagai tajuk laporan. Sila sediakan maklumat seperti berikut:

a) pemilihan tajuk laporan
b) objektif, skop dan kaedah kajian
c) latar belakang syarikat

deraf di atas hendaklah di hantar kepada saya selewat-lewatnya 15 Januari 2010. 15 markah diperuntukkan untuk penghantaran pertama.

cara untuk menghantar deraf ini ialah dalam bentuk 'hard copy' dan diposkan kepada saya di alamat

azira ibrahim
jabatan bangunan, FSPU
UiTM Perak,
32610 Bandar baru seri iskandar
perak

Tuesday, October 13, 2009

Tarikh Penting

Berikut adalah tarikh penting yang patut anda tahu :

Hantar laporan : 26 Oktober 2009

Viva : 16 November 2009

Laporan boleh dihantar terus kepada penyelia laporan melalui pos atau datang sendiri ke kampus.


Harap bersedia

Sunday, October 11, 2009

Tarikh Hantar Report

Salam,
Pelajar diminta untuk menyiapkan report latihan praktikal dalam minggu ini dan menghantar kepada saya deraf terakhir laporan untuk saya semak sebelum penghantaran akhir. emailkan ke aziraibrahim@gmail.com. selamat menulis

terima kasih

Monday, September 28, 2009

Laporan praktikal

Selamat Hari Raya,
Berkenaan dengan laporan latihan praktikal, saya ingin menegaskan bahawa sila kemaskini laporan anda serta mula menulis bab 4, 5 dan 6 dalam jangka waktu terdekat untuk memudahkan urusan saya untuk menyemak laporan anda.

pensyarah pelawat akan melawat anda. sila bersedia.

terima kasih

Sunday, August 30, 2009

Laporan Praktikal

Kepada pelajar dibawah seliaan saya, sila ambil perhatian berkenaan dengan laporan praktikal anda. Saya telah menerima laporan anda dan ada yang telah diberi balik untuk pembetulan. Istimewa untuk Fatihah Suradi, saya tidak tahu apa status anda. Jika anda betul dibawah seliaan saya, anda patut tahu apa yang anda harus dibuat. Bagi yang lain-lain terima kasih kerana bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk kejayaan hari esok.

Harap maklum
Selamat menunaikan ibadah puasa

Saturday, July 18, 2009

Pelajar BLD 299

Perhatian pelajar yang mengambil kursus BLD299, jika anda ingin berjumpa dengan saya untuk berbincang mengenai laporan latihan praktikal harap dapat memberitahu saya terlebih dahulu sebelum anda datang ke kampus supaya saya lebih bersedia untuk menerima kedatangan anda sekalian. Jika anda gagal berbuat demikian, saya bimbang saya tidak dapat berjumpa kerana hal lain ataupun perkara yang sewaktu dengannya.

Harap Maklum

Sunday, June 28, 2009

Bab 2: Profil Syarikat

Kepada pelajar yang telah menghantar bab 2 (draf) kepada saya, saya akan emailkan kembali selewat2nya jumaat ini. sila semak dan buat pembetulan mana patut. sila teruskan untuk bab 3. format laporan akan di upload dalam masa terdekat. Sila emailkan deraf Isi Kandungan laporan kepada saya untuk semakan.

selamat menulis
Promise you won't forget me, because if I thought you would, I'd never leave