SURROUND YOURSELF ONLY WITH PEOPLE WHO ARE GOING TO LIFT YOU HIGHER

Friday, December 11, 2009

Seminggu


.. seminggu kat sini. esok atau lusa bertolak pulang ke SI. Minggu yang memenatkan, dari kampung ke perak. dari perak ke sg buloh kemudian ke kuantan. selepas 2 hari barulah pulang kembali ke sg buloh. jika difikirkan masa yang terbuang, memang mata tak boleh nak lelap. tesis satu pun aku tak sentuh. hati masih kosong untuk mula menulis. jadi aku fikir lebih baik bersenang dahulu sebelum bersusah nak buat tesis.

hari rabu ke KLCC, sorang, dengan niat nak cari buku untuk tesis. malangnya tiada senaskah pun buku yang dicari yang ada di kedai buku yang boleh dianngap besar di Kuala Lumpur.

sambil tu aku berCadang nak tengok Twilight: New Moon. Beli tiket untuk 1 orang, menonton seorang lebih baik dari menonton dengan teman fikirku. wayang mula jam 12, jadi aku ada 1 jam untuk ke kedai buku.

sebelum keluar ke tgv, aku 'terbeli' 2 buah buku yang sedang hangat dipasaran. Twilight dan New Moon. Hujung minggu ni menelaah buku-buku ni la gayanya.

Thursday, December 10, 2009

1st Submission

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terdapat beberapa perubahan dari segi format penghantaran laporan praktikal untuk semester ini. Anda dinasihatkan untuk memilih tajuk yang sesuai untuk dijadikan sebagai tajuk laporan. Sila sediakan maklumat seperti berikut:

a) pemilihan tajuk laporan
b) objektif, skop dan kaedah kajian
c) latar belakang syarikat

deraf di atas hendaklah di hantar kepada saya selewat-lewatnya 15 Januari 2010. 15 markah diperuntukkan untuk penghantaran pertama.

cara untuk menghantar deraf ini ialah dalam bentuk 'hard copy' dan diposkan kepada saya di alamat

azira ibrahim
jabatan bangunan, FSPU
UiTM Perak,
32610 Bandar baru seri iskandar
perak
Promise you won't forget me, because if I thought you would, I'd never leave