SURROUND YOURSELF ONLY WITH PEOPLE WHO ARE GOING TO LIFT YOU HIGHER

Sunday, September 6, 2009

Pedas ke tak pedas?

Lumrah manusia, ada yang boleh makan pedas, ada yang tidak. Dalam kategori tidak pula, ada yang boleh makan jugak pedas (jika tak pedas sangat) ada yang memang tak boleh makan pedas. Bukan dia pinta pun untuk memilih tak boleh makan pedas. Tapi kalau memang tak boleh tu, makanya tak boleh la jawabnya. Bagi aku yang memang tak boleh makan pedas ni, aku cuba sebaiknya untuk tidak makan makanan yang pedas kerana 1) aku akan sakit perut 2) aku akan berenti makan terus (walaupun lapar). Tetapi sekiranya dijemput untuk ke majlis makan-makan, jika ada makanan pedas dan aku tak de pilihan lain nak dimakan, aku cuba juga untuk makan. Hormat majlis.

Jika anda mempunyai sahabat seperi Azira ni, mungkin anda akan berasa sangat tidak selesa kerana Azira ni susah sungguh nak makan. Makan memilih dan etc. Tapi bagi Azira pula, dia anggap kawan-kawan sekeliling dia faham akan situasi yang dia tak makan pedas ni. Susah sungguh jadi kawan Azira.

Buat kawan-kawan, harap diampun jika ada buat salah sebab Azira tak tahu sebenarnya kawan dia sangat kisah dengan tabiat pemakanannya. Nak makan kedai mamak tak boleh, makan pun pilih kedai, nak makan piza pun tak boleh pedas (sebenarnya Azira memang kureng sikit menu piza ni, paling banyak 2 keping boleh makan. So jangan ingat Azira tak selera makan sebab makan 2 slice ke ape ke...)

Selamat berpuasa.

No comments:

Post a Comment

Promise you won't forget me, because if I thought you would, I'd never leave