Semester Julai-November 2010 telah melabuhkan tirai. Selamat bercuti semua. Bagi pelajar semester 3 sila cari tempat untuk latihan praktikal semester 5 nanti. Bersedia awal dari sekarang dan pilih tempat yang betul-betul sesuai untuk anda semua.
bagi pelajar semester 6, didoakan semua boleh tamat semester ni. pelajar semester 5, selamat kembali ke kampus setelah 6 bulan diperantauan.
SURROUND YOURSELF ONLY WITH PEOPLE WHO ARE GOING TO LIFT YOU HIGHER
Monday, November 22, 2010
Sunday, August 8, 2010
Konvocation ke 3
Alhamdulillah, tanggal 4 Ogos 2010 tamatlah perjalanan sarjana di USM. Dua tahun adalah satu tempoh yang singkat. Tahniah kawan-kawan seangkatan. Din, Ajib, Arkam & Uncle Amran. Terima kasih kerana bersama-sama mengharungi susah senang belajar bersama. Langkah seterusnya.. Permanent Head Damage akan diharungi dalam masa terdekat. InsyaAllah.
Monday, July 19, 2010
LDK Semester 3
Wednesday, July 7, 2010
Cover Page Tutorial
Assalamualaikum w.b.t.
perhatian kepada pelajar yang telah mendaftar subjek qsv203, sila download link berikut untuk mendapatkan muka surat hadapan tutorial anda.
terima kasih
perhatian kepada pelajar yang telah mendaftar subjek qsv203, sila download link berikut untuk mendapatkan muka surat hadapan tutorial anda.
terima kasih
Saturday, June 26, 2010
1st Submission
Assalamualaikum
Laporan latihan praktikal hendaklah dicetak dan dihantar kepada saya sebelum atau pada 1 Julai 2010 melalui pos ke alamat seperti berikut :
Jabatan Bangunan,
Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur,
32610 Bandar Baru Seri Iskandar,
Perak Darul Ridzuan
Markah akan ditolak jika laporan anda lambat sampai ke tangan saya pada jangka waktu yang tersebut.

Berhubung dengan penulisan laporan anda, saya ingatkan di sini bahawa anda dikehendaki merujuk sekurang-kurangnya 8 buah buku ilmiah. Jangan semata-mata merujuk kepada sumber internet dan saya sekali ingin mengingatkan kepada anda untuk tidak merujuk kepada tesis 100%.
Jika ada yang gagal berbuat demikian, bersedia untuk mengulang lagi semester hadapan.
Selamat menulis
Subscribe to:
Posts (Atom)
Promise you won't forget me, because if I thought you would, I'd never leave