SURROUND YOURSELF ONLY WITH PEOPLE WHO ARE GOING TO LIFT YOU HIGHER

Sunday, August 8, 2010

Konvocation ke 3





Alhamdulillah, tanggal 4 Ogos 2010 tamatlah perjalanan sarjana di USM. Dua tahun adalah satu tempoh yang singkat. Tahniah kawan-kawan seangkatan. Din, Ajib, Arkam & Uncle Amran. Terima kasih kerana bersama-sama mengharungi susah senang belajar bersama. Langkah seterusnya.. Permanent Head Damage akan diharungi dalam masa terdekat. InsyaAllah.

Monday, July 19, 2010

LDK Semester 3



Program LDK untuk pelajar semester 3 telah berlangsung pada 17 Julai 2010. Berkesempatan menjadi salah seorang fasilitator. Program bermula dari 10.30 pagi hingga 4.30 petang di FTMSK

Wednesday, July 7, 2010

Cover Page Tutorial

Assalamualaikum w.b.t.

perhatian kepada pelajar yang telah mendaftar subjek qsv203, sila download link berikut untuk mendapatkan muka surat hadapan tutorial anda.

terima kasih


Saturday, June 26, 2010

1st Submission

Assalamualaikum
Laporan latihan praktikal hendaklah dicetak dan dihantar kepada saya sebelum atau pada 1 Julai 2010 melalui pos ke alamat seperti berikut :

Jabatan Bangunan,
Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur,
32610 Bandar Baru Seri Iskandar,
Perak Darul Ridzuan


Markah akan ditolak jika laporan anda lambat sampai ke tangan saya pada jangka waktu yang tersebut.

Berhubung dengan penulisan laporan anda, saya ingatkan di sini bahawa anda dikehendaki merujuk sekurang-kurangnya 8 buah buku ilmiah. Jangan semata-mata merujuk kepada sumber internet dan saya sekali ingin mengingatkan kepada anda untuk tidak merujuk kepada tesis 100%.

Jika ada yang gagal berbuat demikian, bersedia untuk mengulang lagi semester hadapan.

Selamat menulis

Tuesday, June 22, 2010

Tarikh Penting

Dimaklumkan bahawa dibawah ialah tarikh-tarikh penting bagi pelajar diploma bangunan yang baru nak ke praktikal:

a) 01/7/2010 - submission 1st progress report
b) 20/8/2010 - submission 2nd progress report
c) 01/10/2010 - submission 3rd progress report
d) 01/11/2010 - submission of final report
e) 12/11/2010 - viva interview.


Tarikh-tarikh ini adalah tertakluk kepada sebarang perubahan. Jika tiada makluman lain, maklumat ini akan tetap diguna pakai.

dipetil dari: www.practicalbuilding.blogspot.com
Promise you won't forget me, because if I thought you would, I'd never leave