SURROUND YOURSELF ONLY WITH PEOPLE WHO ARE GOING TO LIFT YOU HIGHER

Monday, May 17, 2010

Senarai Pelajar di bawah seliaan

Berikut disertakan senarai nama pelajar latihan praktikal dibawah seliaan saya.

1) Muhammad Ammar bin Ahmad Zahrol
2) Nadzirah binti Kamarudin
3) Nor Farah Syanim binti Hazizan
4) Dzul-Hazwan bin Malizen
5) Mohamad Saifol Nizam bin Sohaimi

Terima kasih


Sunday, May 16, 2010

Latihan Praktikal sesi Jun-Disember 2010

Assalamualaikum semua,
saya diberitahu anda sekalian akan memulakan latihan industri bermula esok. Jadi disini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani latihan industri. walaubagaimanapun harus diingatkan supaya walaupun anda sekalian 'bekerja' tetapi hendaklah anda ingat bahawa anda masih lagi pelajar Diploma Bangunan UiTM Perak. Sila jaga nama baik kami di jabatan serta nama baik UiTM.

sehubungan dengan itu, saya ingin mengingatkan kepada anda bahawa penghantaran laporan latihan praktikal hendaklah dibuat terus kepada saya melalui pos. dan diingatkan sekali lagi penghantaran laporan adalah secara berperingkat. jadi sila berhubung dengan saya melalui telefon@e-mail@menghantar pesanan kepada saya melalui blog ini. jangan 'lost-track'...

perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah:

a) buku log mendaklah ditulis setiap hari. apa-apa catatan yang dibuat ada markahnya. Jangan malas

b) bulan pertama - sila siapkan bab 2 (profil syarikat) - derafnya hendaklah diemailkan kepada saya

c) sila pilih tajuk laporan yang sesuai, dimana anda terlibat secara langsung dengan tajuk yang dipilih. sebelum membuat keputusan terhadap tajuk laporan, sila berbincang dengan saya terlebih dahulu

akhir kata, selamat bekerja.

terima kasih

Friday, April 30, 2010

Laporan Latihan Praktikal

Adalah diingatkan bahawa penghantaran laporan boleh dibuat melalui pos ke alamat :

AZIRA IBRAHIM
JABATAN BANGUNAN, FSPU,
UITM PERAK,
32610 BANDAR BARU SERI ISKANDAR,
PERAK

Sukacita saya nak ingatkan kepada pelajar dibawah seliaan saya untuk menghantar laporan tersebut pada atau sebelum 5 Mei 2010. Jadi jika ada yang berniat untuk datang menghantar kepada saya pada 3 Mei 2010, lupakan niat anda kerana saya tiada di kampus.

Sekian Terima Kasih.

Sunday, April 25, 2010

The Good Old Days


musim exam, musim paling stress. bila stress, hati tak tenang jiwa tak tenteram. baca buku pun malas, tido nak banyak. jiwa kacau betul kalau nak kena menelaah ni. walaupun 2 paper je nak exam, tapi rasa macam 10 paper. banyak tak cover lagi. ingat kat kawan-kawan masa suka suki dulu. rindu nak balik macam dolu-dolu... sume sibuk dengan hal sendiri. masing-masing ada tanggungjawab. esok pagi bertolak ke penang. stay kat recsam.. ape-pun, nak lulus jugak sem ni. penat dah belajar..

Tuesday, April 20, 2010

Anak-anak sedara

anak-anak sedara setakat tahun ni. Amzar, Aina, Amirul, Anis, Amin, Atiqah, Alifah, Auni, Abg Ahmad, Adik Ahmad, Aeryl, Ammar, Adham, Ain dan Aiman.
Promise you won't forget me, because if I thought you would, I'd never leave